Written by dimensi
Monday, August 30th, 2010
Midah Kuih Bangkit gelaran diberikan usahawan kuih raya, Che Hamidah Che Husin. Perayaan Aidilfitri digunakan sepenuhnya Midah untuk menambah pendapatan. Bukan kerana gajinya atau gaji suami, Wahab tidak mencukupi tetapi Midah mahu menambah pendapatan dan memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan berniaga.
Dek kerana terlampau minat berniaga, Midah memberanikan diri menjual kuih raya sebagai langkah awal menambah pendapatan. Kuih raya paling laris kuih bangkit kelapa special yang Midah buat sendiri. Manakala kuih lain diambil daripada pengusaha lain.
Selepas lima tahun, Hamidah ‘menswastakan’ pembuatan kuih bangkitnya kepada dua pembantunya yang mahir membuat kuih mengikut resipi dan caranya. Kualiti kuih bangkit itu sedikitpun tidak terjejas kerana Midah sentiasa memantau mutunya. Daripada hanya satu jenis kuih pada mula berniaga, kini sudah lebih 20 jenis kuih yang dipasarkannya.
Tahun pertama Midah berniaga, Wahab marahkan isterinya kerana tidak berbincang untuk berniaga kuih raya itu. Tahun kedua, Midah berbincang dengan suaminya untuk meneruskan perniagaan kuih raya. Wahab tidak mengizinkannya berniaga tetapi Midah memberi pelbagai jaminan yang urusan rumah tangga, anak dan kerja pejabat tidak terganggu. Wahab tidak kuasa melayani kerenah isterinya lalu terpaksa memberi keizinan.
Masuk tahun ketiga, masih ada perbincangan dilakukan antara suami isteri itu tetapi masuk tahun keempat dan kelima, Midah langsung tidak beritahu Wahab. Sungguhpun begitu Wahab tidak memarahinya dan terus bersikap ‘sporting’. Tetapi sampai bila Wahab boleh bertahan dengan sikap isterinya kerana makin lama Midah makin sibuk dengan perniagaan itu sehingga pada satu ketika dia tidak dapat ikut Wahab dan anak balik kampung untuk berhari raya.
Pelakon : Zul Yahya, Maimon Talib, Amyza Adnan, Kazarudin Saisi, Ruminah Sidik, Zila Bakarin dan Liza Abdullah. (more…)








