Posts Tagged ‘download’

Aug
30/10
Jejak Rasul 16 (2010)
Last Updated on Tuesday, 31 August 2010 01:51
Written by dimensi
Monday, August 30th, 2010

Rasanya tak lengkap kehadiran Ramadhan tanpa program Jejak Rasul kan? Jejak Rasul yang diperkenalkan pada tahun 1995 kini bersiaran lagi untuk musim ke-16 di TV3. Jejak Rasul 16 yang membawa tema Trilogi Suara Kebenaran itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama

Segmen yang diacarakan oleh Hajjah Ezzah Aziz Fawzy yang merupakan hos wanita pertama dalam sejarah Jejak Rasul. Bahagian pertama mengupas sejarah perjuangan dakwah dan usaha-usaha mengembangkan syiar Islam oleh tokoh-tokoh wanita seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Fatimah Az-Zahraa’, Fatimah binti Al Khattab dan Siti Aisyah binti Abu Bakar.

Show »

Antara kisah menarik yang dilalui oleh Hajjah Ezzah ialah pertemuan dengan Permaisuri Loulwah Al Faisal, puteri kepada mendiang Permaisuri Effat Al-Thunayyan yang merupakan pengasas Universiti Effat di Jeddah. Universiti Effat merupakan institusi pengajian tinggi terkenal yang ditubuhkan khas untuk kaum Hawa sebagai menyokong dan menekankan pembangunan minda dan potensi wanita Muslim.

Bahagian Kedua

Bahagian kedua Jejak Rasul memberi penekanan pada erti perjuangan jihad dan rasional agama Islam yang membenarkan peperangan demi menegakkan syiar Islam. Pengantara Abdullah Sidek Majin akan cuba menjelaskan objektif serta konsep jihad dan gambaran situasi yang membenarkan pertempuran sebagai benteng terakhir untuk memelihara kesucian agama dan nyawa umatnya.

Ikuti perjalanannya ke lokasi sebenar medan pertempuran, temubual khas bersama tokoh sejarah membincangkan peristiwa peperangan yang penting seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah dan banyak lagi dengan harapan dapat menangkis tanggapan negatif ramai yang mengatakan agama Islam tersebar melalui mata pedang.

Bahagian Ketiga

Segmen terakhir Jejak Rasul mengajak penonton mendalami asal-usul dan perkembangan kaum Yahudi dan Bani Israel. Pengacara Mohd Fasil Mohd Idris yang juga penerbit untuk segmen ini, akan cuba mengupas konflik di Palestin, pemahaman terhadap erti istilah Israel, Yahudi dan Zionis.

Tidak ketinggalan, penonton berpeluang mempelajari semula sejarah kaum Yahudi dan agamanya yang muncul ketika zaman Nabi Musa A.S. di Mesir. Bukan itu sahaja, pastinya ramai yang terlupa bahawa Israel sebenarnya adalah gelaran kepada Nabi Yaakob A.S. salah seorang daripada 25 Rasul yang wajib diketahui. Keturunan Nabi Yaakub pula digelar sebagai Bani Israel.

Di dalam segmen terakhir ini turut diberikan penerangan mengenai konflik identiti puak Zionis, satu ideologi politik yang tersebar di kalangan penganut Yahudi pada akhir abad ke-19. Jejak Rasul kali ini mendekati golongan Yahudi yang berfahaman Zionis serta kelompok Yahudi yang menentang ideologi Zionis itu bagi memberi gambaran yang jelas tentang pergolakan di antara dua kumpulan yang sememangnya berbeza aliran dan fahaman.

Kredit
Tukang Rekod Tubularx @ Jiwang Torrent

(more…)

VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: +2 (from 2 votes)
Aug
30/10
Mee.Janda.2010.SDTV.DiMENSi
Last Updated on Monday, 30 August 2010 04:25
Written by dimensi
Monday, August 30th, 2010

Photobucket

Mee Janda..kisah pasal apa ntah..pasal bini2 yang risau suaminya dok cuba ngayat janda sorang tu kot..pastu masing2 pakat melaram..korang tgk je la eh..best ke tak nanti bitau aku..haha
Pelakon : Mubarak Majid , Eli Suriati , Wan Maimunah DLL (more…)

VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: +1 (from 1 vote)
Aug
30/10
Midah.Kuih.Bangkit.2010.SDTV.DiMENSi
Last Updated on Monday, 30 August 2010 05:23
Written by dimensi
Monday, August 30th, 2010

Photobucket

Midah Kuih Bangkit gelaran diberikan usahawan kuih raya, Che Hamidah Che Husin. Perayaan Aidilfitri digunakan sepenuhnya Midah untuk menambah pendapatan. Bukan kerana gajinya atau gaji suami, Wahab tidak mencukupi tetapi Midah mahu menambah pendapatan dan memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan berniaga.

Show »

Dek kerana terlampau minat berniaga, Midah memberanikan diri menjual kuih raya sebagai langkah awal menambah pendapatan. Kuih raya paling laris kuih bangkit kelapa special yang Midah buat sendiri. Manakala kuih lain diambil daripada pengusaha lain.

Selepas lima tahun, Hamidah ‘menswastakan’ pembuatan kuih bangkitnya kepada dua pembantunya yang mahir membuat kuih mengikut resipi dan caranya. Kualiti kuih bangkit itu sedikitpun tidak terjejas kerana Midah sentiasa memantau mutunya. Daripada hanya satu jenis kuih pada mula berniaga, kini sudah lebih 20 jenis kuih yang dipasarkannya.

Tahun pertama Midah berniaga, Wahab marahkan isterinya kerana tidak berbincang untuk berniaga kuih raya itu. Tahun kedua, Midah berbincang dengan suaminya untuk meneruskan perniagaan kuih raya. Wahab tidak mengizinkannya berniaga tetapi Midah memberi pelbagai jaminan yang urusan rumah tangga, anak dan kerja pejabat tidak terganggu. Wahab tidak kuasa melayani kerenah isterinya lalu terpaksa memberi keizinan.

Masuk tahun ketiga, masih ada perbincangan dilakukan antara suami isteri itu tetapi masuk tahun keempat dan kelima, Midah langsung tidak beritahu Wahab. Sungguhpun begitu Wahab tidak memarahinya dan terus bersikap ‘sporting’. Tetapi sampai bila Wahab boleh bertahan dengan sikap isterinya kerana makin lama Midah makin sibuk dengan perniagaan itu sehingga pada satu ketika dia tidak dapat ikut Wahab dan anak balik kampung untuk berhari raya.

Pelakon : Zul Yahya, Maimon Talib, Amyza Adnan, Kazarudin Saisi, Ruminah Sidik, Zila Bakarin dan Liza Abdullah. (more…)

VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.3_1094]
Rating: +1 (from 1 vote)
Jun
28/10
Jelajah.Joran.2010.JaKi05 (Update Ep07)
Last Updated on Monday, 5 July 2010 02:16
Written by Jaki05
Monday, June 28th, 2010

Siri Baru Di TV3 Mengisahkan Penjelajahan Aktiviti Hobi Dalam Memancing. Ikutilah Siri Pengambaraan 13 Episod Ini Di Tv3

(more…)

VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (4 votes cast)
VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: +3 (from 3 votes)
Jun
28/10
JWG.Akasia.Illusi.JaKi05 [Update Ep05]
Last Updated on Monday, 5 July 2010 02:16
Written by Jaki05
Monday, June 28th, 2010

Illusi, sebuah hasil karya Faznita Md Nor menceritakan seorang gadis, Lyza (lakonan Diana Rafar) yang mampu membuat ramalan mengenai masa depan . Namun apakah ia sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza, saat beliau mendapat gambaran bahawa Shahril, bakal suaminya terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya?
VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
VN:R_U [1.9.3_1094]
Rating: +1 (from 1 vote)
Tags: , , , , , , , ,   |  Posted under TVRip  |  Comments  Comments Off

About

Name: dimensi, aka "dimensi"

Web Site: http://jiwang.tv

Yahoo IM:

Bio: Ada Aku Kisah?!!

Iklan Disini RM10 Sebulan


Hotfile

FileServe

UserOnline

Users: LSKboyz, 6 Guests, 1 Bot