
Name: edyzeid
Posts by edyzeid:
Pangung Ahad – LOGHAT
March 8th, 2010
Loghat merupakan kisah tiga anak muda yg berlainan negeri iaitu Joey sebagai Surip berasal dari Johor dan berketurunan Jawa ..
Faizal Yusup sebagai Suhairi berasal dari Negeri Sembilan dan Kefli Af berasal dari Kedah ..
Ketiga2 mereka ingin megejar impian untuk hidup senang dan mencuba nasib di Kuala Lumpur..
Agak-agak nya berjaya kah mereka untuk megejar impian mereka di Kuala Lumpur ..
cerita ni mmg layan .. kalau tak caya sila lah sedut
Drama – Madu 4
March 7th, 2010
Mengisahkan seorang Otai lama yang berkongsi kisah bagaimana dia memilik madu sebanyak 4 orang. Layankan ~
Drama – Jadi Ke Tak Jadi
March 6th, 2010
Kisah mengenai perkahwinan yg di rancang oleh keluarga .. sama ada setuju atau tidak pasangan yg akan di jodoh kan itu .. jadi saksi kan lah Jadi Ke Tak Jadi
Telefilem – Nasi Telur Kicap
March 6th, 2010
Kisah mengenai Zahim yg merupa kan seorang Duda anak satu … dia telah di jodoh kan dgn Amnah Seorang gadis desa yg baru saja menamat kan alam persekolahan
tetapi tidak di sukai oleh anak Zahim yg sebaya dgn Amnah … satu hari mereka telah di tawar kan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Nergara ..
apakah yg akan terjadi antara anak tiri dgn ibu tiri .. kita saksi kan je .
Drama Istimewa Maulidur Rasul – Nahi Mungkar
March 6th, 2010
Turut menemui penonton drama lakonan pelakon-pelakon dikenali ramai termasuklah Zamarul Hisham, Fizz Fairuzz, Watie Sadali, Kismah Johar, Hisham Ahmad Tajuddin, Shera Hazali dan Addy Ashraff bertajuk Nahi Mungkar yang mengisahkan kehidupan watak Shauki yang serba kemiskinan. Dia tinggal di kampung dan disebabkan mempunyai latar pendidikan yang rendah, dia terpaksa melakukan pelbagai kerja berat Meskipun sibuk dengan tugas dan pelbagai tugas harian, dia sentiasa ke masjid untuk menunaikan solat fardhu berjemaah. Dia juga merupakan suami yang bertanggungjawab terhadap Suhana, isterinya dan bapa penyayang terhadap Nabil dan Nabila.
Pun begitu, Shauki dipandang rendah dan hina oleh ibu mertuanya, Mak Jam, ibu tunggal yang tinggal bersama anak bongsu kesayangannya, Aliff yang saling tidak tumpah perangainya dengan Mak Jam. Mak Jam yang memandang harta dan pangkat membenci Shauki kerana dialah satu-satunya menantu keluarganya yang miskin dan tidak berpangkat. Dia berasa malu bermenantukan Shauki.
Peluang terbaik akhirnya datang apabila dia ditawarkan oleh Tuan Haji Musa untuk mengembala kambing peliharaannya melihatkan keazaman dan kegigihan usaha Shauki. Shauki melakukan tugasnya dengan baik. Secara tidak langsung, perniagaan kambing tersebut semakin maju. Hasil cucuk tanamnya juga menyumbangkan hasil. Ini menambahkan rezeki keluarga Shauki.
Baha, sahabat baiknya berniat mahu menjatuhkan Shauki dengan memberi cadangan supaya Shauki mengaut semua keuntungan hasil jualan kambing dan menipu rekod penjualan. Kesibukan tugas di ladang dan kebun sayurnya menyebabkan Shauki mulai tidak sempat ke masjid.
Tuhan menurunkan ujian kepada Shauki untuk menguji keutuhan imannya. Nabil telah diserang sejenis penyakit kulit misteri. Shauki dan Suhana berubat sehinggakan wang simpanan menyusut. Baha muncul dengan cadangan jahatnya supaya mengaut semua hasil keuntungan penjualan kambing. Namun adakah keimanan di hati Shauki luntur apabila berdepan dengan ujian kehidupan yang mencabar itu atau pun sebaliknya terus bersabar dan menerima ketentuan takdir seadanya?
Teater – Natrah
March 6th, 2010
Kisah Mengenai pergolakan hidup seorang Wanita Belanda .. kisah bermula semasa berlaku nya perang dia asia tenggara dimana ibu Natrah seorang Belanda telah menyerah kan Natrah kepada seorang Wanita melayu untuk di pelihara .. dan apabila sudah dewasa ibunya kembali menuntut Natrah dari ibu angkat nya ..teater natrah ni merupakan kisah benar yg telah terjadi .. teater ni telah dia arah kan oleh Erma Fatima dan di pentas kan di Istana Budaya
Pelakon:
Maya Karin
Remy IShak
Umie Aida
SoFia Jane
Rahsia Hati – Astro Prima [Episode Completed]
February 23rd, 2010
Pelakon: Aaron Aziz, Arash Mohd, Rita Rudaini, Hafizuddin Fadzil, Ifa Raziah, Watie Elite serta Rosnah Johari.
Channel: Astro Prima
Mediateam Credit: kocut [torrent.jiwang.cc]
Episode: 40 Episode
Rahsia Hati yang menggunakan lagu latar Datanglah nyanyian Juara Akademi Fantasia 4, Faizal Ramly, mengisahkan percintaan di antara Syamir dan Kamelia yang menempuh pelbagai dugaan serta cabaran.
Pada waktu yang sama, Syamir terpaksa berhadapan dengan kemelut keluarganya. Ibu tirinya, Maria, bimbang kalau-kalau Syamir akan membongkar rahsia hubungan sulitnya dengan seorang lelaki, Jimmy.
Abang tirinya, Fazlan pula telah berkomplot dengan Maria untuk merampas empayar perniagaan yang diusahakan ayahnya, Datuk Azmi. Demi mengejar impian tersebut, Maria sanggup mengupah Jimmy untuk merancang kemalangan yang membabit Syamir hingga dia hilang keupayaan diri.
Tanpa disedari setiausahanya, Sarah turut menaruh hati kepadanya, manakala kawan baiknya, Ammar, pula dalam diam-diam mencintai Kamelia sedangkan dia juga menyayangi Kamelia.
Superwoman
February 1st, 2010
cerita masyarakat malaysia. kisah 3 org sahabat wanita yg masing2 mempunyai masalah dlm kehidupan dan cuba mengharungi dengan penuh ketabahan.
Lagu kita
January 31st, 2010
kisah romantis percintaan sepasang kekasih. apa yg berlaku bila si jejaka tau yg awek yg dia gila2kan rupanya kerja gro.??
Read the rest of this entry “
SMS – Silap Mesej Suami
January 30th, 2010
rancangan komedi keluaran vision work. kisah 2 pasangan kawan baik. sorang suami dia glemer, sorang lg tak glemer… bila yg glemer ni kuar gi kutub utara, dia tinggal henset kat kawan sorang lagi, pastu bermula la layan2 awek..sebenarnya yg glemer tu ada skandal..tp yg tak glemer tu plak jadi mangsa sbb kantaoi ngan bini dia.. jadi bini dia pun buat la aktvt spy menyepy…